Nuffnang ads

Monday, September 24, 2012

Penting mengorek ilmu sebelum mengerjakan sesuatu

Minggu ni aku off workout.deloading session lepas sikit masalah dengan wrist.
Mode malam so lebih santai entry kali ni,berkenaan kuruskan badan dan jogging.Mengapakah sinonim benar dua perkara ini? Asal nak kurus mesti plan nak jogging. Pening aku dengar perkataan seperti ini. Seperti kata kevin zahri know how to weight loss lebih penting daripada melakukan aktiviti untuk kurus.Aku setuju dengan kevin berkenaan ini.
Beberapa orang kawan aku mengalami kecederaan serius di lutut dan buku lali di sebabkan aktiviti jogging.
Aku:berapa jarak kau lari?
Mangsa A: lebih kurang 5 km
Aku:laju ke
Mangsa A: slow jog
Aku: lutut je sakit?betis sakit tak?
mangsa A: lutut je ni,takleh lipat.sakit.betis ok.
Aku:ko 'heel strike' sebab tu lutut ko bengkak.
Mangsa A: heel strike?
aku: ko mendarat guna tumit.hentak tumit 5 km memang bengkak lah otot.betulkan teknik larian,belajar dari youtube baru run on.
Mangsa A: oh ye ke....(ternganga)
Itulah sorang kawan aku yang mengalami kecederaan akibat dari aktiviti jogging.
Tahukah anda berjogging sejauh 2km hanya membakar 200kcal.Roti canai mamak pun tak dapat di bakar oleh badan. Jadi janganlah membuang masa berharga anda dengan aktiviti yang memberikan pulangan yang sedikit. Greg Glassman berkata "if you do exercise with low intensity it is better you do nothing" dan aku berkata "jika anda bersenam selama 1/2 jam dan hanya membakar 200 kcal adalah lebih baik duduk rumah tolong bini mop lantai lagi baik".
Ada pelbagai aktiviti untuk anda lakukan bagi program kuruskan badan dan ianya bukan saja jogging. Aku tak maksudkan jogging ni tak bagus tapi buat sesuatu biarlah berilmu.  Kita perlu melakukannya dengan cara yang betul agar tak memudaratkan kesihatan diri.
Anda tak perlu keluar rumah jika nak kurus. Lakukan di rumah,dengan berkain pelikat pun boleh tapi kena pelajari teknik yang betul. Salah satunya,sila rujuk workout berkain pelikat ini sebagai salah satu aktiviti selain jogging.

Gambar di atas menunjukan perbezaan heel strike running dan forefoot running. Apa yang anda dapat simpulkan dari gambar di atas? :-D
 
Graf di atas menunjukkan impak bila melakukan heel strike running.

Heel strike sangat tidak efisien untuk seseorang manusia berlari terutama kepada yang gemuk atau obes.

 Adios

Sunday, September 16, 2012

Senaman kekuatan sessi I

Ya, aku memula senaman kekuatan pada Jumaat lepas, 14/9/12. Dalam omputihnya strength workout adalah untuk mengental otot dan menguatkan tulang.Sessi ini sangat penting kepada individu yang mahu memulakan latihan angkat berat tak kira dalam apa jua bidang atau lapangan.

Aku buat strength workout bukanlah untuk "bulking" tapi lebih kepada membina otot baru dan melatih otot dengan bebanan maksimum.Membina otot baru bermaksud jisim badan anda akan bertambah, jadi program ini tidak sesuai kepada yang mahu turun berat badan dan tak berminat menjadi lebih kuat.

Bak kata PT Shahril, " weight loss amat susah di lakukan selari dengan build muscle ianya seperti membaca novel sambil memandu". Di sini aku kongsikan sessi latihan kekuatan aku pada Jumaat lepas, secara rasminya aku sedang menyusun semula jadual latihan aku dengan memulakan dengan latihan kekuatan.

--------------------------------------strength workout----------------------------------
Setiap set rehat 2-3 minit

Back squat : 60 kg x3x1
                    100kg x3x1
                    120kgx3x1
                    140kgx1x1
                    150kgx1x1- Personal Best (PR)

Deadlift : 60kgx8x1
               100kgx5x1
               140kgx1x1
               160kgx1x1 - Fail

Push press: 60kgx1x1
                  70kgx1x1
                  80kgx1x1- Fail

----------------------------------Technical workout------------------------------
Setiap set rehat 10 saat
Snatch - 50kg x5x5
Power clean - 50kgx12x5

Rumusannya aku ada mencatat rekod peribadi untuk back squat dan gagal dalam rekod peribadi deadlift dan push press.Aku akan cuba lagi.:-D.

Kenapa aku kena buat latihan kekuatan ? Aku berminat nak tingkatkan jumlah bebanan aku dalam Olympic lifting: snatch dan clean&jerk serta latihan ketahanan otot akan jadi lebih mudah sebab otot aku dah kuat.

Pesanan penaja:
1.Latihan kekuatan memerlukan anda makan dengan secukupnya, makanan sebenar bukan makanan ringan dan proses.Minimumkan pengambilan gula amatlah penting.
2.Latihan kekuatan akan membuatkan berat badan bertambah atau tidak berkurang.Jadi jika anda mahu kuruskan badan latihan ini tidak berapa sesuai.

-adios-

Saturday, September 8, 2012

Newbies nak mula training

A:bro,aku nak workout tapi malas nak keluar rumah.mcm mana?
aku: boleh,bodyweight exercise.
A: aku bukan nak ketul2 mcm malek noor.
Aku:mcm mana? Mcm aaron aziz
A: (tersenyum-senyum) agak la....
Aku:boleh.no shortcut semua kena dgn usaha.
A: berapa jenis workout tuh?
aku: satu ja....
A:biar betoi bro....mcm mana?
aku: burpees
Aku tunjuk demo sikit...
A:ooo mcm tu,tapi bro boleh ke ketul2 kalau buat burpees
Aku:boleh kalau berdisplin dgn diet.
A:oook bro,thanks.
Aku: buat laju-laju,biar sekejap tapi laju. Kalau buat satu rehat 10 minit baik ko tolong mak ko mop lantai lg baik.