Nuffnang ads

Sunday, September 16, 2012

Senaman kekuatan sessi I

Ya, aku memula senaman kekuatan pada Jumaat lepas, 14/9/12. Dalam omputihnya strength workout adalah untuk mengental otot dan menguatkan tulang.Sessi ini sangat penting kepada individu yang mahu memulakan latihan angkat berat tak kira dalam apa jua bidang atau lapangan.

Aku buat strength workout bukanlah untuk "bulking" tapi lebih kepada membina otot baru dan melatih otot dengan bebanan maksimum.Membina otot baru bermaksud jisim badan anda akan bertambah, jadi program ini tidak sesuai kepada yang mahu turun berat badan dan tak berminat menjadi lebih kuat.

Bak kata PT Shahril, " weight loss amat susah di lakukan selari dengan build muscle ianya seperti membaca novel sambil memandu". Di sini aku kongsikan sessi latihan kekuatan aku pada Jumaat lepas, secara rasminya aku sedang menyusun semula jadual latihan aku dengan memulakan dengan latihan kekuatan.

--------------------------------------strength workout----------------------------------
Setiap set rehat 2-3 minit

Back squat : 60 kg x3x1
                    100kg x3x1
                    120kgx3x1
                    140kgx1x1
                    150kgx1x1- Personal Best (PR)

Deadlift : 60kgx8x1
               100kgx5x1
               140kgx1x1
               160kgx1x1 - Fail

Push press: 60kgx1x1
                  70kgx1x1
                  80kgx1x1- Fail

----------------------------------Technical workout------------------------------
Setiap set rehat 10 saat
Snatch - 50kg x5x5
Power clean - 50kgx12x5

Rumusannya aku ada mencatat rekod peribadi untuk back squat dan gagal dalam rekod peribadi deadlift dan push press.Aku akan cuba lagi.:-D.

Kenapa aku kena buat latihan kekuatan ? Aku berminat nak tingkatkan jumlah bebanan aku dalam Olympic lifting: snatch dan clean&jerk serta latihan ketahanan otot akan jadi lebih mudah sebab otot aku dah kuat.

Pesanan penaja:
1.Latihan kekuatan memerlukan anda makan dengan secukupnya, makanan sebenar bukan makanan ringan dan proses.Minimumkan pengambilan gula amatlah penting.
2.Latihan kekuatan akan membuatkan berat badan bertambah atau tidak berkurang.Jadi jika anda mahu kuruskan badan latihan ini tidak berapa sesuai.

-adios-

No comments:

Post a Comment